Wednesday, October 10, 2007

MALAYSIA BOLEH!

Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (lahir 27 Julai 1972) merupakan pakar perubatan dari Malaysia dan dijadualkan akan menjadi angkasawan Malaysia yang pertama dapat menjejakkan kaki ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

Ini antara kata-kata terakhir yang sempat dinukilkan oleh Angkasawan Negara dalam blog Dr Sheikh Muszaphar sebelum beliau berangkat ke ISS pada 9.21 minit malam tadi. Apa yang saya perhalusi dalam kata-kata ini adalah semangat dan impian beliau yang menjadi kenyataan. Perhatikan tulisan berwarna merah yang telah saya highlight kan untuk anda teman-teman pembaca hayati.

Friday, August 31, 2007

MERDEKA! SAYA ANAK MALAYSIA!

Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.

Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.

Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme.

Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa — dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian — di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.

Autonomi merujuk kepada sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang pada dirinya masih mengekalkan kuasa muktamad terhadap wilayah itu (sila lihat penurunan kuasa). Negeri naungan merujuk kepada kawasan autonomi yang bergantung kepada kerajaan yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan autonomi.

Sebuah negara yang ingin menuntut kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan mengumumkan pengisytiharan kemerdekaan, umpamanya Pengisytiharan Arbroath oleh Scotland yang merupakan contoh negara terawal yang masih wujud serta Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang paling masyhur.

Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk menuntut kemerdekaan berbeza-beza dari tunjuk perasaan yang aman ke perang saudara yang ganas.

Tarikh kemerdekaan (atau kekadangnya permulaan pemberontakan) biasanya dirayakan sebagai hari kelepasan negara yang dikenali sebagai hari kemerdekaan.

Thursday, July 19, 2007

Rapid KL

Rapid KL, singkatan untuk Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd merupakan syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai sebahagian penstrukturan semula sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.

Rapid KL yang 100% milik kerajaan, merupakan pengendali ketiga-tiga aliran LRT di Kuala Lumpur, serta merupakan pengendali bas pengantara di ibu kota dan kawasan-kawasan berdekatan.

Segala aset perkhidmatan LRT dan bas dimiliki sebuah lagi syarikat milikan kerajaan, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) yang turut ditubuhkan untuk tujuan penstrukturan semula.

Tuesday, July 10, 2007

Kepadatan penduduk PJ

Kewujudan awal Petaling Jaya adalah untuk mengatasi kepadatan penghuni Kuala Lumpur. Pada 1964, jumlah penduduk Petaling Jaya berjumlah 35,100 orang.

Pada pertengahan 1970-an, penduduk Petaling Jaya meningkat kepada 100,000 orang. Setelah lebih 50 tahun pembukaannya, kini pembangunan di Petaling Jaya amat pesat selari dengan arus peningkatan jumlah penduduk yang mencapai lebih 500,000.

Kaum Cina merupakan penduduk majoriti dengan kadar 40 peratus diikuti kaum Melayu sebanyak 37 peratus manakala kaum India sebanyak 16 peratus. Baki tujuh peratus terdiri daipada kaum-kaum lain.

Petaling Jaya menjadi kawasan tumpuan penduduk termasuk kawasan Seksyen 52, kawasan Sungai Way-Subang (SS), Bandar Utama, Kota Damansara, Damansara Perdana, Bandar Sri Damansara dan Damansara Impian bagi menampung permintaan penduduk.

Jumlah pegangan harta di Petaling Jaya ialah sebanyak 151 366 manakala kutipan hasil sehingga 2005 adalah dianggarkan berjumlah RM 184.63 juta.

Monday, July 9, 2007

Sejarah pembangunan PJ

Tumpuan pembangunan Petaling Jaya bertempat di "Old Town Petaling" yang telah wujud sebelum 1952 lagi. Sebuah jalan utama diberi nama sempena nama Sir Gerald Templer iaitu Jalan Templer.

Pelbagai kemudahan prasarana telah dibina bagi kemudahan penduduk. Antaranya ialah bekalan elektrik, jalan raya, bekalan air, telefon, balai raya, perumahan dan sistem pengangkutan.

Anda boleh sesat di Petaling Jaya kerana ia bersambung dengan Subang Jaya, Kelana Jaya, Sunway, Shah Alam, Puchong dan Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah amat dekat dengan Petaling Jaya.

Bolehlah dikatakan Petaling Jaya sebuah bandar yang terancang dari segi sistem jalan raya sebagaimana Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.

Pada tahun 1952, 800 buah rumah telah siap dibina manakala 200 lagi di dalam pembinaan. Pembangunan awal Petaling Jaya juga meliputi Seksyen Satu, Seksyen Dua dan Seksyen Tiga.
Terdapat beberapa deretan rumah kedai, balai raya dan stesen bas di Old Town.
Pada penghujung 1957, lebih 3,200 buah rumah dan 100 buah kedai serta 28 buah kilang beroperasi di Petaling Jaya.

Tahun 1957 juga, yang sama juga fasa pertama Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang dibuka.

Hospital Assunta turut dibina sebagai hospital sulung yang menawarkan perkhidmatan kepada penduduk tempatan. The Chartered Bank of India, Australia and China di Jalan Othman adalah bank pertama yang dibuka di Petaling Jaya.

Kesungguhan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar baru terancang terus disemarakkan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi pinjaman bagi pertambahan kawasan sejumlah 550 hektar tanah dan 397 hektar tanah tebus guna lombong untuk dibangunkan.

New Town dibuka. Seksyen 52 atau PJ New Town yang lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai State telah dibangunkan. State adalah nama panggung wayang pertama dibina di Petaling Jaya dan masih beroperasi sehingga kini. Di sinilah tertumpunya pusat pentadbiran dan perdagangan di Petaling Jaya.

16 Mac 1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat yang bernilai RM50 juta telah dirasmikan oleh Sultan Selangor ketika itu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Menara ini menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi di New Town.

Sunday, July 8, 2007

Sejarah PJ

Petaling Jaya asalnya sebuah ladang getah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British, Effingham Estate. Kampung Petaling merupakan sebuah petempatan pelombong bijih timah pendatang China yang bekerja di lombong-lombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan, Balakong dan Kuala Lumpur itu sendiri.

Petaling Jaya wujud sejak zaman darura lagi iaitu dengan pemindahan penduduk ke Kampung Petaling yang diilhamkan oleh Leftenan Jeneral Sir Gerald Templer. Ia dibangunkan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu.

Pada tahun 1965 Kawasan Perdagangan Bebas Sungai Way di Petaling Jaya telah dibangunkan bagi kawasan perindustrian yang semakin diperlukan di Malaysia. Zon perdagangan bebas ini telah dibangunkan agak serentak dengan zon di Bayan Lepas dan Kawasan Perindustrian Tasek di Ipoh, Perak.

Petaling Jaya ditadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kawasan itu yang dikhaskan untuk pembangunan bandar baru telah menunjukkan kemajuan yang mendadak pada tahun 1954.

Petaling Jaya Authority ditubuhkan pada penghujung 1954 yang kemudiannya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya untuk memajukan bandar satelit itu melalui Ordinan 36.
Pada 1 Januari 1964, sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai autonomi kewangan sendiri ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya yang mempunyai jumlah penduduk seramai 35,100 orang.

Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Taraf baru ini memberi kesan yang besar pada kedudukan dan potensi Petaling Jaya sebagai bandar satelit dan meransang pertumbuhan pesat kawasan-kawasan sekitarnya seperti Sungai Way, Kelana Jaya, Subang Jaya dan USJ.

Pada awal 1997, pemisahan sempadan di Petaling Jaya dilakukan dan sebahagian kawasan di Petaling Jaya seperti Subang Jaya, Sunway dan USJ telah diletakkan di bawah pentadbiran baru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ogos 2005, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) telah memohon kepada kerajaan pusat status bandaraya.

16 Mac 2006, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo mengumumkan Petaling Jaya sebagai bandar kedua di Selangor yang diberikan status bandaraya selepas Shah Alam.

20 Jun 2006, Petaling Jaya diberi status Bandaraya dan mula ditadbir oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Maka, Petaling Jaya adalah bandaraya ke-2 di Selangor selepas Shah Alam dan bandaraya ke-11 di Malaysia.

Saturday, July 7, 2007

Petaling Jaya

Petaling Jaya atau PJ, diwujudkan pada tahun 1952 sebagai sebuah bandar satelit bagi bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan PJ adalah kira-kira 97.2 km2, menjadikannya bandar terbesar di Selangor. Petaling Jaya terletak di daerah Petaling yang merupakan daerah terbesar dan termaju di negeri Selangor.

Pada 20 Jun 2006 Petaling Jaya dinaikkan taraf menjadi sebuah bandaraya dan tidak lagi sebagai bandar satelit kepada bandaraya Kuala Lumpur. Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato Ahmad Termizi Puteh kini menerajui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang baru ditubuhkan. Beliau juga ialah bekas presiden Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).