Thursday, July 19, 2007

Rapid KL

Rapid KL, singkatan untuk Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd merupakan syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai sebahagian penstrukturan semula sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.

Rapid KL yang 100% milik kerajaan, merupakan pengendali ketiga-tiga aliran LRT di Kuala Lumpur, serta merupakan pengendali bas pengantara di ibu kota dan kawasan-kawasan berdekatan.

Segala aset perkhidmatan LRT dan bas dimiliki sebuah lagi syarikat milikan kerajaan, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) yang turut ditubuhkan untuk tujuan penstrukturan semula.

Tuesday, July 10, 2007

Kepadatan penduduk PJ

Kewujudan awal Petaling Jaya adalah untuk mengatasi kepadatan penghuni Kuala Lumpur. Pada 1964, jumlah penduduk Petaling Jaya berjumlah 35,100 orang.

Pada pertengahan 1970-an, penduduk Petaling Jaya meningkat kepada 100,000 orang. Setelah lebih 50 tahun pembukaannya, kini pembangunan di Petaling Jaya amat pesat selari dengan arus peningkatan jumlah penduduk yang mencapai lebih 500,000.

Kaum Cina merupakan penduduk majoriti dengan kadar 40 peratus diikuti kaum Melayu sebanyak 37 peratus manakala kaum India sebanyak 16 peratus. Baki tujuh peratus terdiri daipada kaum-kaum lain.

Petaling Jaya menjadi kawasan tumpuan penduduk termasuk kawasan Seksyen 52, kawasan Sungai Way-Subang (SS), Bandar Utama, Kota Damansara, Damansara Perdana, Bandar Sri Damansara dan Damansara Impian bagi menampung permintaan penduduk.

Jumlah pegangan harta di Petaling Jaya ialah sebanyak 151 366 manakala kutipan hasil sehingga 2005 adalah dianggarkan berjumlah RM 184.63 juta.

Monday, July 9, 2007

Sejarah pembangunan PJ

Tumpuan pembangunan Petaling Jaya bertempat di "Old Town Petaling" yang telah wujud sebelum 1952 lagi. Sebuah jalan utama diberi nama sempena nama Sir Gerald Templer iaitu Jalan Templer.

Pelbagai kemudahan prasarana telah dibina bagi kemudahan penduduk. Antaranya ialah bekalan elektrik, jalan raya, bekalan air, telefon, balai raya, perumahan dan sistem pengangkutan.

Anda boleh sesat di Petaling Jaya kerana ia bersambung dengan Subang Jaya, Kelana Jaya, Sunway, Shah Alam, Puchong dan Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah amat dekat dengan Petaling Jaya.

Bolehlah dikatakan Petaling Jaya sebuah bandar yang terancang dari segi sistem jalan raya sebagaimana Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.

Pada tahun 1952, 800 buah rumah telah siap dibina manakala 200 lagi di dalam pembinaan. Pembangunan awal Petaling Jaya juga meliputi Seksyen Satu, Seksyen Dua dan Seksyen Tiga.
Terdapat beberapa deretan rumah kedai, balai raya dan stesen bas di Old Town.
Pada penghujung 1957, lebih 3,200 buah rumah dan 100 buah kedai serta 28 buah kilang beroperasi di Petaling Jaya.

Tahun 1957 juga, yang sama juga fasa pertama Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang dibuka.

Hospital Assunta turut dibina sebagai hospital sulung yang menawarkan perkhidmatan kepada penduduk tempatan. The Chartered Bank of India, Australia and China di Jalan Othman adalah bank pertama yang dibuka di Petaling Jaya.

Kesungguhan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar baru terancang terus disemarakkan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi pinjaman bagi pertambahan kawasan sejumlah 550 hektar tanah dan 397 hektar tanah tebus guna lombong untuk dibangunkan.

New Town dibuka. Seksyen 52 atau PJ New Town yang lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai State telah dibangunkan. State adalah nama panggung wayang pertama dibina di Petaling Jaya dan masih beroperasi sehingga kini. Di sinilah tertumpunya pusat pentadbiran dan perdagangan di Petaling Jaya.

16 Mac 1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat yang bernilai RM50 juta telah dirasmikan oleh Sultan Selangor ketika itu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Menara ini menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi di New Town.

Sunday, July 8, 2007

Sejarah PJ

Petaling Jaya asalnya sebuah ladang getah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British, Effingham Estate. Kampung Petaling merupakan sebuah petempatan pelombong bijih timah pendatang China yang bekerja di lombong-lombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan, Balakong dan Kuala Lumpur itu sendiri.

Petaling Jaya wujud sejak zaman darura lagi iaitu dengan pemindahan penduduk ke Kampung Petaling yang diilhamkan oleh Leftenan Jeneral Sir Gerald Templer. Ia dibangunkan oleh Kerajaan British di Tanah Melayu.

Pada tahun 1965 Kawasan Perdagangan Bebas Sungai Way di Petaling Jaya telah dibangunkan bagi kawasan perindustrian yang semakin diperlukan di Malaysia. Zon perdagangan bebas ini telah dibangunkan agak serentak dengan zon di Bayan Lepas dan Kawasan Perindustrian Tasek di Ipoh, Perak.

Petaling Jaya ditadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kawasan itu yang dikhaskan untuk pembangunan bandar baru telah menunjukkan kemajuan yang mendadak pada tahun 1954.

Petaling Jaya Authority ditubuhkan pada penghujung 1954 yang kemudiannya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya untuk memajukan bandar satelit itu melalui Ordinan 36.
Pada 1 Januari 1964, sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai autonomi kewangan sendiri ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya yang mempunyai jumlah penduduk seramai 35,100 orang.

Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Taraf baru ini memberi kesan yang besar pada kedudukan dan potensi Petaling Jaya sebagai bandar satelit dan meransang pertumbuhan pesat kawasan-kawasan sekitarnya seperti Sungai Way, Kelana Jaya, Subang Jaya dan USJ.

Pada awal 1997, pemisahan sempadan di Petaling Jaya dilakukan dan sebahagian kawasan di Petaling Jaya seperti Subang Jaya, Sunway dan USJ telah diletakkan di bawah pentadbiran baru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ogos 2005, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) telah memohon kepada kerajaan pusat status bandaraya.

16 Mac 2006, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo mengumumkan Petaling Jaya sebagai bandar kedua di Selangor yang diberikan status bandaraya selepas Shah Alam.

20 Jun 2006, Petaling Jaya diberi status Bandaraya dan mula ditadbir oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Maka, Petaling Jaya adalah bandaraya ke-2 di Selangor selepas Shah Alam dan bandaraya ke-11 di Malaysia.

Saturday, July 7, 2007

Petaling Jaya

Petaling Jaya atau PJ, diwujudkan pada tahun 1952 sebagai sebuah bandar satelit bagi bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan PJ adalah kira-kira 97.2 km2, menjadikannya bandar terbesar di Selangor. Petaling Jaya terletak di daerah Petaling yang merupakan daerah terbesar dan termaju di negeri Selangor.

Pada 20 Jun 2006 Petaling Jaya dinaikkan taraf menjadi sebuah bandaraya dan tidak lagi sebagai bandar satelit kepada bandaraya Kuala Lumpur. Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato Ahmad Termizi Puteh kini menerajui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang baru ditubuhkan. Beliau juga ialah bekas presiden Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).

Friday, July 6, 2007

Zon perindustrian PJ

Kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang membuka banyak peluang pelaburan dari dalam dan luar negara.

Kawasan yang diperuntukkan tidak dapat menampung pertumbuhan kawasan perindustrian yang pesat mendorong kerajaan meneroka kawasan baru di utara Petaling Jaya seluas 120 hektar dibangunkan sebagai kawasan perindustrian.

Sambutan yang sangat baik dari pelabur-pelabur telah memberi ruang kepada penubuhan Zon Perdagangan Bebas di kawasan Sungai Way. Antara pelabur asing termasuklah dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Taiwan dan Korea.

Kebanyakan kilang terletak di Seksyen 51, 51A, 13 dan 19. Tumpuan perusahaan adalah terhadap sektor pembuatan, elektronik, pemprosesan bahan mentah, produk pengguna, industri teknologi tinggi dan industri berorientasikan perkhidmatan pelanggan.
Antara kilang yang beroperasi di Petaling Jaya adalah Panasonic, Matsushita, Omron, Motorola dan Western Digital.

Politik KL

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur akhirnya diikhtiraf sebagai Wilayah Persekutuan Malaysia yang pertama.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Manakala pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke ibu negara baru Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Thursday, July 5, 2007

Identiti Kuala Lumpur


Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah, warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.

14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi.
Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran.
Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.

Wednesday, July 4, 2007

Menyunting Ekonomi Kuala Lumpur

Anda telah mengikuti pautan ke halaman yang masih belum wujud. Untuk memulakannya, masukkan teks anda ke dalam kotak di bawah (sila lihat Bantuan untuk maklumat lanjut). Jika anda mengunjungi halaman ini tanpa sengaja, klik butang balik di pelayar anda.

Anda sedang tidak log masuk. Sementara anda bebas menyunting tanpa log masuk, alamat IP anda (boleh dilihat pada laman perbualan anda, dimana anda boleh periksa pesanan yang dihantar ke IP anda) akan direkodkan pada sejarah suntingan di laman ini. Membuat akaun akan menyembunyikan alamat IP anda dan memberikan anda dengan banyak manfaat lain.

Tuesday, July 3, 2007

Seni dan Kebudayaan

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Kuala Lumpur Kuala Lumpur, ibu negara yang pelbagai budaya, merupakan pusat acara dan kegiatan kebudayaan. Antara pusat-pusat budaya terpenting ialah Muzium Negara yang terletak di sepanjang Lebuhraya Mahameru. Muzium Negara menawarkan pelbagai jenis koleksi seperti artifek dan lukisan yang dikumpul dari seluruh pelosok negara. Muzium ini melambangkan kekayaan warisan dan sejarah kebudayaan negara.

Satu lagi tempat penghargaan seni ialah Dewan Filharmonik Kuala Lumpur. Dewan konsert klasik ini menampilkan pentas berbentuk kotak kasut yang dilengkapi kemudahan terkini serta rekabentuk canggih dan tempat duduk yang selesa. Dewan ini dijadikan ibu pejabat Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) yang menampilkan barisan pemuzik antarabangsa yang mengagumkan, mempersembahkan konsert semasa, konsert chamber dan persembahan tradisi kebudayaan.

Satu lagi kebanggaan Malaysia, Istana Budaya merupakan salah satu daripada sepuluh tempat teater paling tercanggih di dunia. Teater ini merupakan yang pertam di Asia yang memasang kelengkapan canggih yang setanding dengan Royal Albert Hall di London. Apabila bersiar dalam dewan, pengunjung dapat menikmati warisan budaya Malaysia. Bangunan teater dihiasi dengan ukiran kayu berbentuk bunga dan daun serta marmar Langkawi. Galeri Seni Petronas, pusat pameran seni halus yang elegan dari seluruh dunia, terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Platform Ruangan Eksperimental (Experimental Space) dalam galeri tersebut bertujuan meningkatkan inovasi dan eksperimentasi seni. Galeri Seni Negara juga menjadi landasan menunjukkan koleksi seni yang menonjol dan untuk menyemai kesedaran seni di kalangan masyarakat.

Pentas Seni KL (the Kuala Lumpur Performing Arts Centre, KLPac) di Sentul West juga adalah pusat penting untuk seni persembahan, khususnya teater dan muzik (pusat ini juga membolehkan perembahan filem). Pusat ini menempatkan terbitan tempatan yang mengagumkan dan sekian lama menjadi penyokong utama seniman persembahan bebas dari temaptan dan serantau. Antara acara-acara utamanya ialah pesta muzik KL Sing Song 2006 yang menampilkan penyanyi-penggubah Malaysia dari pelbagai latar kebudayaan, dari Semenanjung dan Malaysia Timur, melalui dua hari persembahan dan bengkel mengasah bakat. Pesta ini adalah sebuah acara penting dalam KL Festival pertama pada tahun 2006.

Monday, July 2, 2007

Geografi KL

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkumi kawasan seluas 243.65 km2 dan terbahagi kepada 3 daerah :

Kuala Lumpur (pusat bandar)
Cheras
Setapak
Dari segi Geografi, kedudukan sebenarnya adalah 3°08Utara, 101°42 Timur. Kuala Lumpur dahulunya merupakan sebahagian dari negeri Selangor. Dijadikan Wilayah Persekutuan sejak tahun 1972 dan diasingkan daripada negeri Selangor.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga boleh dibahagikan secara politik kepada 11 kawasan parlimen :-

Bandar Tun Razak
Batu
Bukit Bintang
Cheras
Kepong
Lembah Pantai
Segambut
Seputeh
Setiawangsa
Titiwangsa
Wangsa Maju

Sunday, July 1, 2007

Lagu KL

Dengan megah berkibar benderakuLambang kemegahan warga kotaKuala Lumpur bersih berbunga bercahayaHarum nama diseluruh duniaRakyat hidup bersatu dan bahagiaMaju dan makmur bandaraya kitaTanah pusaka ni warisan bangsaTegak berdaulat senbasaTuhan selamatkan Kuala LumpurTuhan selamatkan Kuala Lumpur