Monday, July 9, 2007

Sejarah pembangunan PJ

Tumpuan pembangunan Petaling Jaya bertempat di "Old Town Petaling" yang telah wujud sebelum 1952 lagi. Sebuah jalan utama diberi nama sempena nama Sir Gerald Templer iaitu Jalan Templer.

Pelbagai kemudahan prasarana telah dibina bagi kemudahan penduduk. Antaranya ialah bekalan elektrik, jalan raya, bekalan air, telefon, balai raya, perumahan dan sistem pengangkutan.

Anda boleh sesat di Petaling Jaya kerana ia bersambung dengan Subang Jaya, Kelana Jaya, Sunway, Shah Alam, Puchong dan Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah amat dekat dengan Petaling Jaya.

Bolehlah dikatakan Petaling Jaya sebuah bandar yang terancang dari segi sistem jalan raya sebagaimana Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.

Pada tahun 1952, 800 buah rumah telah siap dibina manakala 200 lagi di dalam pembinaan. Pembangunan awal Petaling Jaya juga meliputi Seksyen Satu, Seksyen Dua dan Seksyen Tiga.
Terdapat beberapa deretan rumah kedai, balai raya dan stesen bas di Old Town.
Pada penghujung 1957, lebih 3,200 buah rumah dan 100 buah kedai serta 28 buah kilang beroperasi di Petaling Jaya.

Tahun 1957 juga, yang sama juga fasa pertama Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang dibuka.

Hospital Assunta turut dibina sebagai hospital sulung yang menawarkan perkhidmatan kepada penduduk tempatan. The Chartered Bank of India, Australia and China di Jalan Othman adalah bank pertama yang dibuka di Petaling Jaya.

Kesungguhan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar baru terancang terus disemarakkan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi pinjaman bagi pertambahan kawasan sejumlah 550 hektar tanah dan 397 hektar tanah tebus guna lombong untuk dibangunkan.

New Town dibuka. Seksyen 52 atau PJ New Town yang lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai State telah dibangunkan. State adalah nama panggung wayang pertama dibina di Petaling Jaya dan masih beroperasi sehingga kini. Di sinilah tertumpunya pusat pentadbiran dan perdagangan di Petaling Jaya.

16 Mac 1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat yang bernilai RM50 juta telah dirasmikan oleh Sultan Selangor ketika itu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Menara ini menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi di New Town.

No comments: