Tuesday, July 3, 2007

Seni dan Kebudayaan

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Kuala Lumpur Kuala Lumpur, ibu negara yang pelbagai budaya, merupakan pusat acara dan kegiatan kebudayaan. Antara pusat-pusat budaya terpenting ialah Muzium Negara yang terletak di sepanjang Lebuhraya Mahameru. Muzium Negara menawarkan pelbagai jenis koleksi seperti artifek dan lukisan yang dikumpul dari seluruh pelosok negara. Muzium ini melambangkan kekayaan warisan dan sejarah kebudayaan negara.

Satu lagi tempat penghargaan seni ialah Dewan Filharmonik Kuala Lumpur. Dewan konsert klasik ini menampilkan pentas berbentuk kotak kasut yang dilengkapi kemudahan terkini serta rekabentuk canggih dan tempat duduk yang selesa. Dewan ini dijadikan ibu pejabat Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) yang menampilkan barisan pemuzik antarabangsa yang mengagumkan, mempersembahkan konsert semasa, konsert chamber dan persembahan tradisi kebudayaan.

Satu lagi kebanggaan Malaysia, Istana Budaya merupakan salah satu daripada sepuluh tempat teater paling tercanggih di dunia. Teater ini merupakan yang pertam di Asia yang memasang kelengkapan canggih yang setanding dengan Royal Albert Hall di London. Apabila bersiar dalam dewan, pengunjung dapat menikmati warisan budaya Malaysia. Bangunan teater dihiasi dengan ukiran kayu berbentuk bunga dan daun serta marmar Langkawi. Galeri Seni Petronas, pusat pameran seni halus yang elegan dari seluruh dunia, terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Platform Ruangan Eksperimental (Experimental Space) dalam galeri tersebut bertujuan meningkatkan inovasi dan eksperimentasi seni. Galeri Seni Negara juga menjadi landasan menunjukkan koleksi seni yang menonjol dan untuk menyemai kesedaran seni di kalangan masyarakat.

Pentas Seni KL (the Kuala Lumpur Performing Arts Centre, KLPac) di Sentul West juga adalah pusat penting untuk seni persembahan, khususnya teater dan muzik (pusat ini juga membolehkan perembahan filem). Pusat ini menempatkan terbitan tempatan yang mengagumkan dan sekian lama menjadi penyokong utama seniman persembahan bebas dari temaptan dan serantau. Antara acara-acara utamanya ialah pesta muzik KL Sing Song 2006 yang menampilkan penyanyi-penggubah Malaysia dari pelbagai latar kebudayaan, dari Semenanjung dan Malaysia Timur, melalui dua hari persembahan dan bengkel mengasah bakat. Pesta ini adalah sebuah acara penting dalam KL Festival pertama pada tahun 2006.

No comments: