Friday, July 6, 2007

Zon perindustrian PJ

Kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang membuka banyak peluang pelaburan dari dalam dan luar negara.

Kawasan yang diperuntukkan tidak dapat menampung pertumbuhan kawasan perindustrian yang pesat mendorong kerajaan meneroka kawasan baru di utara Petaling Jaya seluas 120 hektar dibangunkan sebagai kawasan perindustrian.

Sambutan yang sangat baik dari pelabur-pelabur telah memberi ruang kepada penubuhan Zon Perdagangan Bebas di kawasan Sungai Way. Antara pelabur asing termasuklah dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Taiwan dan Korea.

Kebanyakan kilang terletak di Seksyen 51, 51A, 13 dan 19. Tumpuan perusahaan adalah terhadap sektor pembuatan, elektronik, pemprosesan bahan mentah, produk pengguna, industri teknologi tinggi dan industri berorientasikan perkhidmatan pelanggan.
Antara kilang yang beroperasi di Petaling Jaya adalah Panasonic, Matsushita, Omron, Motorola dan Western Digital.

No comments: